neko_chan
Male
Malaysia
Saya kini berada di Universiti Hokkaido sejak Oktober 2007 dan sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Optik. Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk saya berlatih membaca dan memahami artikel saintifik dan teknikal dalam Bahasa Jepun seterusnya memperkasakan penggunaan Bahasa Melayu dalam bidang sains dan teknologi . Sekiranya anda dapati terjemahan pada satu-satu entri tidak begitu tepat, saya mohon agar dapat diperbaiki dengan memberikan komen anda pada entri tersebut. Marilah sama-sama kita belajar!
   

<< April 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30

CARA MEMBACA KANJI JEPUN Sila install add-on Rikaichan pada pelayan Mozilla anda untuk membantu anda membaca dan mengetahu makna perkataan Kanji Jepun. Dengan menggunakan fasiliti ini, anda hanya perlu meletakkan kursor anda pada perkataan yang anda ingini dan tetingkap Rikaichan akan terpapar secara automatik. Namun kamus Rikaichan ini hanya terdapat dalam Bahasa Inggeris. :) Anda juga harus sudah menghafal hiragana dan katakana :) --> http://www.polarcloud.com/rikaichan/

Anda adalah pengunjung ke - sejak 17 Mac 2008


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed




Thursday, April 10, 2008
時計 : jam

物理学において物体の運動に関する法則を定めるために、時間を計ることが必要である。例えば、ガリレオはおちる物体の速度と時間との関係を定めるのに、水時計を使った。水時計では水が一定の速度であなから流れ出て、その量を量ることができる。この量が時間に比例することを原理にして、ガリレオはおちる物体の速度と時間との関係を見いだした。ガリレオの時から時計が向上してきたことはいうまでない。例えばいまはクオーツの時計を使用する。クオーツの時計の中にはいわゆるデイギタル時計があり、その表示はいわゆる時計方向を示していない。

Dalam bidang fizik, pengukuran masa adalah perlu untuk menentukan hukum yang berkaitan dengan pergerakan suatu objek. Sebagai contoh, Galileo menggunakan jam air untuk menentukan hubungan di antara masa dan halaju bagi gerakan jatuh bebas. Dalam jam air, air mengalir dari suatu lubang pada halaju tetap dan kuantiti air yang mengalir dapat diukur. Secara prinsipnya, kuantiti ini berkadar langsung dengan masa. Dengan itu Galileo dapat menemui hubungan antara masa dan halaju bagi gerakan jatuh bebas. Tiada kemajuan jam sejak zaman Galileo sehingga kini. Sebagai contoh, kini jam kuartz digunakan. Di antara jam kuartz terdapat jam digital dimana  paparannya tidak dapat menunjukkan arah jam.

Untuk difikirkan : jam atau masa ada arah? negatif 4 saat bermaksud? :)
 

Posted at 05:16 pm by neko_chan

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry