neko_chan
Male
Malaysia
Saya kini berada di Universiti Hokkaido sejak Oktober 2007 dan sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Optik. Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk saya berlatih membaca dan memahami artikel saintifik dan teknikal dalam Bahasa Jepun seterusnya memperkasakan penggunaan Bahasa Melayu dalam bidang sains dan teknologi . Sekiranya anda dapati terjemahan pada satu-satu entri tidak begitu tepat, saya mohon agar dapat diperbaiki dengan memberikan komen anda pada entri tersebut. Marilah sama-sama kita belajar!
   

<< March 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31

CARA MEMBACA KANJI JEPUN Sila install add-on Rikaichan pada pelayan Mozilla anda untuk membantu anda membaca dan mengetahu makna perkataan Kanji Jepun. Dengan menggunakan fasiliti ini, anda hanya perlu meletakkan kursor anda pada perkataan yang anda ingini dan tetingkap Rikaichan akan terpapar secara automatik. Namun kamus Rikaichan ini hanya terdapat dalam Bahasa Inggeris. :) Anda juga harus sudah menghafal hiragana dan katakana :) --> http://www.polarcloud.com/rikaichan/

Anda adalah pengunjung ke - sejak 17 Mac 2008


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed




Thursday, March 20, 2008
発電 : Penjanaan elektrik

発電とは電圧と電流とを発生することである。電流が電圧に応じて流れる。電流は流体と違った。流体は物質から成るものである。これに反して、電流は多くの高速度で動く電子から成り立つものである。熱によって発電することが多いが、電気化学反応によって電気を発生することもできる。しかし、発生した電気の電気圧は高くない。電力を用いるのに、高い電圧が要る。このため、電気化学反応による発電の実用性は高くない。

Penjanaan elektrik melibatkan keupayaan elektrik dan arus elektrik. Arus elektrik mengalir berkadaran dengan keupayaan elektrik. Arus elektrik berbeza dengan bendalir. Bendalir terdiri daripada suatu bahan tertentu. Sebaliknya, arus elektrik adalah terdiri daripada elektron yang bergerak pada kelajuan-kelajuan yang tinggi. Walaupun kita dapati banyak penjanaan elektrik berasaskan haba, elektrik juga boleh dihasilkan melalui tindak balas elektrokimia. Namun begitu, keupayaan elektrik yang terhasil tidak tinggi.  Keupayaan elektrik yang tinggi diperlukan untuk menggunakan kuasa elektrik. Oleh kerana itu kesesuaian penjanaan elektrik berasaskan tindak balas elektrokimia adalah rendah.

Posted at 06:05 pm by neko_chan

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry