|
Haiwan melata memperolehi oksigen melalui pelarutan secara fizikal untuk membolehkannya terus hidup dan oleh kerana sebahagian besar haiwan memerlukan kuantiti oksigen yang banyak maka pelarutan secara kimia digunakan. Dengan sebab itulah mereka memiliki pigmen darah. Pigmen darah akan menyerap oksigen di kawasan badan yang memiliki tekanan separa oksigen yang tinggi lalu membawa oksigen terlarut ke kapilari darah yang halus pada salur darah. Di sini, oksigen akan masuk ke kawasan badan yang tekanan separa oksigennya rendah. |
| Leave a Comment: |